Hari Lahir Dia
Bismilahirahmanirahim Aku sangat jarang menulis semasa birthday dia. Entah, kurang pasti mengapa. Namun malam ini dengan hati yang penuh keresahan aku pilih untuk menulis. Melihat senyuman nya cukup buat aku terasa, hidup ini sekali cuma. Jika nanti aku yang beransur pergi, cukup dia tahu bagaimana di cintai perempuan seperti aku. Aku yang cuma mahukan dia bahagia seadanya, meskipun bukan aku yang di sisinya. Aku karang pelbagai rasa hanya untuk aku pastikan bahawa aku memilih keputusan yang benar. Melepaskan dia dari hatiku tidak mudah namun bahagia dia yang utama dan bahagia aku adalah terwujud bilamana aku memilih untuk tenang sendirian. Aku tahu, tidak mungkin aku mampu berada disamping dia yang hebat. tidak layak perempuan seperti aku untuk berdiri disebelahnya. Jadi biar sahaja Allah letak aku ditempat yang sepatutnya. Aku yang akan kekal mencintai dia sepenuh jiwa ku. berbekalkan semua memori ini, akan aku kenang setiap detik resah dan gelisah yang aku punya, namun kenyamanan