Posts

Tekad

 bismillahirahmanirahim Relapse kali ini aku tak tahu nak gambarkan sebagai apa Kali terakhir aku relapse, aku tonton Daily Dose of Sunshine dan kali ini aku tonton Love, Next Door.  Ya, cerita cinta, tidak terlalu kritikal menyentuh resah dada manusia tapi meaning behind the drama berat.  berat juga untuk aku tidak menontonnya.  Dari episod 1, saat dia pulang ke pangkuan keluarga. Kat situ walaupun dia tak cerita hal sebenarnya dan kena marah tapi indah bila kita tahu kita ada safety net.  kau gagal, kau boleh pulang ke pangkuan bonda dan keluarga. Bila aku decide untuk berhenti sebegitu aku cuma ingatkan diri aku no matter what, aku takde safety net. Aku takde siapa yang boleh nak tanggung aku aku kena kuatkan hati, kena teguhkan jiwa, kena tetapkan pendirian aku kalau ini yang terbaik Allah akan mudahkan Memahami hikmah hidup bukan sekadar memahami A ialah huruf vowel.  Ianya sesuatu yang kau perlu jalani tanpa menoleh ke belakang lagi. Rasanya aku memang sentiasa cakap pasal nak be

Hari Lahir Dia

 Bismilahirahmanirahim Aku sangat jarang menulis semasa birthday dia. Entah, kurang pasti mengapa. Namun malam ini dengan hati yang penuh keresahan aku pilih untuk menulis. Melihat senyuman nya cukup buat aku terasa, hidup ini sekali cuma. Jika nanti aku yang beransur pergi, cukup dia tahu bagaimana di cintai perempuan seperti aku. Aku yang cuma mahukan dia bahagia seadanya, meskipun bukan aku yang di sisinya.  Aku karang pelbagai rasa hanya untuk aku pastikan bahawa aku memilih keputusan yang benar. Melepaskan dia dari hatiku tidak mudah namun bahagia dia yang utama dan bahagia aku adalah terwujud bilamana aku memilih untuk tenang sendirian. Aku tahu, tidak mungkin aku mampu berada disamping dia yang hebat. tidak layak perempuan seperti aku untuk berdiri disebelahnya. Jadi biar sahaja Allah letak aku ditempat yang sepatutnya.  Aku yang akan kekal mencintai dia sepenuh jiwa ku. berbekalkan semua memori ini, akan aku kenang setiap detik resah dan gelisah yang aku punya, namun kenyamanan

Ku Kira

 bismillahirahmanirahim aku yang sedang mencari makna mengapa aku berada di situasi ini aku yang sedang kelam mahukan jawapan namun aku harus percaya bahawa tidak semua hal perlukan jawapan justeru aku lari dengan laju menuju tempat  yang bukan milik ku apatah lagi yang membenarkan aku  sekadar menumpang teduh jadi aku memilih untuk berhenti seketika menarik nafas namun masih sahaja tersekat si skala 6 ya 6 seharusnya melepasi tahap sederhana tapi aku masih tercungkap mencari nafas maka begitulah aku kira? ****** Nisrina Syaurah

Maaf Ya

 bismilahirahmanirahim, Another mental breakdown Dan saat ini aku tahu, sudah sampai masa aku duduk dan diam memerhati di mana letak hati aku sebenarnya kekecewaan ini akhirnya memberi perit pada jiwa yang kosong Tuhan, adakah aku yang sedang bersahaja atau aku yang sengaja membiar jiwaku rapuh? Tuhan pada jiwa yang mahukan dan inginkan kasih sayangMu Apakah aku di jalan yang benar? Tuhan sedang hati yang rapuh ini sering gagal memilih yang benar hati yang rapuh sering sahaja tidak tahu hala tuju menuju arah syurga yang telah kau janjikan apakah masih punya ruang untuk aku terkapai. pada pautan mana yang aku perlu bertahan sesungguhnya melepaskan itu perit bertahan apa tah lagi hidup dalam ruangan putih tanpa penghujung di situ telah aku gariskan Di sini akan aku melepaskan lelah.  Maaf ya sayang Aku gagal.  ******** Nisrina Syaurah 

Rasa Ini

 Bismilahirahmanirahim, Semalam aku menulis dalam buku putih.  Buku tu mula aku tulis seawal tahun 2017. Jadi semalam aku menulis lagi pada helaian yang seterusnya dengan rasa berbeza. aku pelik tapi aku rasa nyaman. Saat itu aku bertanya pada Tuhan Inikah jawapan kepada kedamaian yang aku pinta?  Hari ini sengaja aku belek ruangan ini kerana aku sedang kehabisan idea untuk menulis manuskrip aku. tapi aku perlu menulis, jadi aku ke sini dan menulis Melihat apa yang aku ada hari ini semua adalah doa dan cita-citaku. bahkan ada yang lebih dari itu. Tuhan itu Maha Baik kan? Aku berhenti sekejap. menyelak naskhah lama. banyak betul isi yang aku tak terfikir aku pernah tulis kenangan, memori dan juga air mata aku kira. Tapi aku tahu saat ini bahagia itu bila aku berdamai dan tidak menaruh harapan belajar menjadi tabah ah indah.  setidaknya aku tahu aku hargai segala yang aku rasa tanpa menyalahkan siapa.  Sini aku mahu ingatkan kau Nisrina, Ini apa yang kau rasa kini. Saat ini. Kau pernah r

Mari Kita Cuba Lagi

 bismilahirahmanirahim  Aku cuba menulis dengan laju baru aku sedar macam hilang magic touch je mungkin aku patut membaca dengan lebih lagi. baca dengan tenang. jadi aku boleh menulis dengan tenang.  otak aku kadang tak lancar dalam menulis tapi tangan cuba lah  dengan kepayahan  aku mahu menganyam impian aku sampai di hujung kemudian siap satu aku nak anyam lagi sampai penuh satu ruang sampai aku sesak sampai aku rasa ah aku capai impian aku begitulah namun tak semua yang aku harapkan akan ikut apa yang aku mahu aku karang dan aku padam tapi tiada satu aku terbit lalu aku masih cuba mencabar diri untuk berdiri setara dengan yang lain bukan untuk mereka tapi untuk aku merasa gembira sedih bukan pilihan tapi bahagia itu pilihan jadi aku cuma mahu isi ruang dan waktu dengan bahagia bahagia dengan cara aku cinta dengan cara aku senyum dengan cara aku lalu di situ aku tahu ah aku bahagia akan terselit duka? haruslah, takkan aku tak terasa, sudah di bilang sedih itu bukan pilihan itu sesuat

Surat Januari

 bismilahirahmanirahim aku tak tahu jika pilihan aku kali ini akan membawa kepada apa cuma aku tahu inilah dia pilihan aku saat ini.  aku mahu masih dan terus berada disini diam terbatas pada waktu  yang aku cuma mahu tanpa siapa pun tahu.  Mencintaimu itu anugerah bagiku aku tinggal diam di tempatku menghargai apa yang aku masih miliki aku tidak mahu menerawang jauh ke depan kerana aku tidak tahu apa ada di sana jadi aku putuskan biar aku dan ketenangan ku di sini aku tahu tidak mudah sperti dulu yelah, tambah usia, tambahlah ujiannya.  tidak mengapa sudah jadi pilihankan? jadi aku cuma perlu tempuh tanpa perlu paksakan sesiapa untuk menunggu aku dah cukup dengan apa yang aku perlu.  Nanti sahaja aku kembali ke sini aku mahu diriku tahu hey, kita pilih ini bukan semata demi cinta tapi kerana kita percaya  Allah akan makbulkan doa kita,  Justeru, tak mengapa kita lelah nanti bangkit lagi ya? Usah gentar,  teguhkan lagi rasamu kembali ke sejadah  Tuhan sentiasa mendengar Dia lebih tahu